Kena Buat Apa Kalau Budgeting Tak Selari Dengan Planning?
Kita kena back to reality. Tak kira la macam mana kita merancang, budgeting akan selalu tak seperti yang kita harapkan. Pasti ada je yang lari dari apa yang kita planning.
Jangan give up tau. Korang da buat yang terbaik. Korang da buat planning budgeting tiap bulan, mungkin budgeting korang dah siap dengan kod color. Tapi tiba-tiba muncul budgeting yang tak dijangka dan kita tak masukkan pun dalam planning bulanan. Contoh macam anak bulus perlukan rawatan ke, tayar pancit ke atau anak-anak korang perlukan barang sekolah yang tak dijangka.
Tiba-tiba budgeting korang pun jadi huru-hara. Tak apa, kejadian ni akan selalu berlaku. Dari sini la kita belajar sikit demi sikit.
Jadi, kalau budgeting korang tiba-tiba huru-hara, korang tak berseorangan. Nurul sendiri pun pernah jadi benda macam ni. Jom kita reset balik budgeting kita.
1. Tarik Nafas dan Lepaskan Rasa Bersalah
First sekali korang kena kurangkan budgeting korang. Jangan rasa diri korang gagal tau. Ianya sangat normal. Rasa bersalah tu adalah racun untuk semangat kita. Jadi, kalau rasa macam budgeting kita tu lari sangat, lepaskan ianya pergi. Reset semula minda dan semangat kita.
2. Tengok Semula Nombor-Nombor Yang Ada Dalam Budgeting
Buka semula buku atau planner budgeting korang. Tengok semula nombor-nombor yang ada. Dekat mana yang korang boleh kurangkan untuk ketepikan budget yang berlebihan. Tanya diri sendiri sama ada budget yang terlebih tu betul-betul diperlukan atau hanya sekadar kehendak.
3. Setkan Semula Budgeting Yang Baru
Lepas je korang tengok nombor-nombor tu dan tanya diri sendiri, masanya untuk korang setkan budget yang baru. Budgeting ni bukanlah sesuatu untuk korang stress. Tapi ianya untuk pastikan korang belanja tak tersasar dari landasan.
Untuk budget yang terlebih ni, korang tanya diri sendiri sama ada perlu ke korang keluarkan dana kecemasan untuk digunakan? Atau perlu ke korang keluarkan duit dalam envelopes yang tak digunakan lagi untuk cover budget yang terlebih ni? Contoh macam envelopes hiburan ke, untuk makan luar ke. Sebab hanya diri korang je tahu budget yang terlebih ni sepenting apa.
4. Ketahui Bahawa Korang Tidak Sendiri
Setiap orang yang buat budgeting ni, akan melalui hal yang sama. Nurul pun berapa banyak kali asyik tersasar je. Tapi Nurul jadikan benda ni semangat untuk Nurul belajar dan reset semula budgeting Nurul.
Yela kan, orang tua-tua cakap, pengalaman mengajar kita. Dan inilah pengalaman yang berikan kita banyak pengajaran dan pelajaran.
Jadi, korang rasa semua ni bermanfaat untuk korang? Jangan lupa, kalau korang tersasar dari landasan planning budgeting tu, buat semula apa yang Nurul share tadi. Ulang-ulang pun tak apa sampai lah korang dah boleh konsisten dan disiplin.
0 Comments